Wednesday, May 27, 2009

Menanti Pasti... 5



"Wani... sat lagi aku nak ke KL, jumpa kawan"
"Boleh saya ikut ?"
"Tak boleh, duit tak cukup"
"Tak apa... saya keluarkan duit saya... lagipun saya cuti"
"Tak boleh... tak boleh... aku cakap tak boleh tak boleh la!"

Suara Haizat yang kuat itu membuat Awani terdiam. Muka garang Haizat tidak berani Awani tatap.

"Abang... lama kita tak jalan jalan", Awani berkata perlahan, sambil menundukkan mukanya.
"Aku sibuk... nanti kalau tak sibuk, kita keluar la..."

Awani hanya mengangguk dan berharap janji Haizat akan tertunai nanti. Dia rasa cemburu melihat teman yang bercerita hal makan angin ke sana sini bersama keluarga. Dia hanya berada di rumah. Haizat tidak benarkan dia berjalan keluar bersama teman. Kalau nak ke mana-mana, perlu diberitahu dulu. Bukan mudah untuk suaminya benarkan dia keluar biarpun hanya untuk makan makan di luar bersama teman pejabat.

Petang itu, Haizat bertolak ke KL. Seperti biasa, Awani menyalami tangan Haizat dan mendoakan agar suaminya selamat. Haizat menghadiahkan Awani senyuman yang manis sebelum masuk kereta untuk ke KL. Awani membalas senyuman Haizat dengan lambaian dan pesanan agar berhati hati. Dalam hati Awani berdoa agar suaminya selamat dalam perjalanan. Awani perasan, setiap kali Haizat outstation atau keluar ke KL, Haizat kelihatan sangat gembira. Awani teringin berkongsi kegembiraan itu. Alangkah indah jika Awani dapat bercuti bersama sama dengan Haizat. Akhirnya Awani hanya mengeluh...

Sepanjang cuti Awani hanya menonton television. Untuk balik ke kampung, Haizat tidak benarkan. Lagipun, Awani tidak mahu keluarganya tahu jika mendung di hatinya terpapar di wajah. Baiklah dia biarkan kesakitan ditanggung sendirian. Biarpun perit, Awani berjanji akan bertahan selagi dia mampu.

Awani berfikir, dia perlu isi masa dengan sesuatu. Hajatnya, hujung bulan ini dia akan hadiahkan dirinya sebuah laptop. Bosan betul mengadap TV yang tidak boleh berinteraksi dengan dirinya. Lagipun bulan depan, hari ulang tahun kelahirannya. Apa salah hadiahkan untuk diri sendiri, kan ?
Posted by Picasa

0 Comments:

Post a Comment