Tuesday, December 29, 2009

Menanti Pasti... 43

Awani tiba di rumah lebih kurang pukul 11 malam. Awani ada meminta Haizat mengambilnya di airport Kepala Batas, tetapi Haizat menyuruhnya naik teksi sahaja. Tanpa ingin menyusahkan Haizat, Awani akur. Melihat kereta tiada di tempat letak kereta membuatkan Awani rasa terkilan. Tengah hari tadi Haizat beritahu dia penat, sekarang boleh pula keluar.

Setelah masuk ke rumah, Awani rasa sangat marah. Di dapur penuh dengan cawan dan pinggan tidak berbasuh. Di bilik, penuh dengan baju bersidai merata tempat. Awani mengutip semua baju dan kumpulkan dalam bakul untuk dibasuh. Satu persatu baju dikutip. Terlihat satu baju kemeja kuning, Awani asingkan untuk dibasuh tangan. Kemeja itu Haizat sangat sayang kerana kainnya lembut. Awani meneliti jika ada terdapat kotoran yang sukar dibersihkan.

Tiba tiba mata Awani terlihat satu warna pink, bentuknya seperti bibir. Awani menelan liur. Dadanya berdegup kencang. Warnanya sangat pudar tetapi Awani tahu itu gincu. Warna gincu Awani merah terang, tapi warna merah muda ini tidak pernah Awani guna kerana tidak sesuai dengan warna kulitnya.

Tanda itu terletak di poket baju Haizat. Awani memejamkan matanya. Membayangkan perempuan itu tentunya memeluk Haizat dan Haizat memeluk perempuan itu dengan erat. Dada Awani bagai akan meletup membayangkan aksi suaminya.

Adakah Haizat masih bersama Ella ? Dulu Haizat berjanji untuk tidak lagi berhubungan dengan Ella. Buntu Awani memikirkan. Awani merebahkan badan yang terasa letih. Cuba memejamkan mata, tetapi kerana Haizat tiada di rumah, buat Awani rasa tertekan.

Awani menalifon Haizat. Tidak berjawab.

Awani terus membayangkan Haizat keluar bertemu Ella di mana mana. Mungkin Ella telah pindah ? Bukankah Ella telah habis pengajiannya ? Tentu mereka ada buat pertemuan. Hati Awani membara.

Sambil membasuh cawan dan pingan yang ditinggalkan Haizat, fikiran Awani terus melayang.

Tersenyum sendiri waktu melihat wajah Aris Iskandar dalam portal kakitangan UUM. Orangnya sedikit cerah dengan rambut berketak ketak. Sewaktu berjumpa secara kebetulan, Awani tidak pernah memerhati, tapi sekarang Awani rasa ingin mengenali. En. Aris tidak tinggi, tidak rendah, sedang sedang sahaja. Jika dibandingkan dengan Haizat.... eh... suamiku tentulah yang terbaik. Tapi En. Aris memang kacak. Jika dia tersenyum, boleh rebah pelajar pelajar yang meminatinya.

En. Aris beritahu ada pelajar yang ingin berkenalan dengannya biarpun tahu dia telah beristeri. En. Aris juga beritahu, ada yang sanggup jadi isteri kedua. Tersenyum Awani bila teringat pada kata kata En. Aris yang tidak suka pada pelajar yang katanya tidak matang. Awani percaya kata-kata En. Aris kerana Awani percaya, dengan rupa yang begitu dan jawatan yang stabil, tentu saja ada yang ingin cuba nasib mana tahu berpeluang. Tambah lebar senyuman Awani bila teringat pada panggilan dari telefon public untuk bercakap dengan En. Aris. Berhati hati Awani bercakap kerana bimbang tembelangnya pecah.

Merah muka Awani bila En. Aris cakap suaranya manja dan merdu. Awani tergelak kecil bila teringatkan saat berpisah, En. Aris tidak lupa sebutkan "Bye dear". Sangat romantis pada pendengaran Awani. Rasa seperti di awangan. Rasa seperti berkasihan pula. Pandai betul En. Aris ni, baru dua hari berkenalan, perasaan Awani dah tidak keruan.

Jika anak gadis lain, bagaimana mereka berhadapan dengan lelaki yang telah beristeri ini ?

Awani teringat pada Haizat. Tentu Haizat juga melayan Ella begini menyebabkan Ella sanggup melukakan hati perempuan lain. Memikirkan hal itu, Awani rasa simpati pada isteri En. Aris. Ah... lantaklah. Aku bukan nak kawin dengan En. Aris tu. Kalau En. Aris tu tahu siapa aku, tentu dia pun tidak terpikat.

Hubungan ini tidak boleh diketahui oleh sesiapapun, samada isteri En. Aris, atau Haizat.

Awani terpaksa menalifon kerana rayuan dari En. Aris. Berkali-kali En. Aris ingin dengar suara Awani. Oleh kerana Awani ingin merahsiakan no telefonnya, jadi public phone adalah satu alternatif.

Ah... Esok aku mesti beli kad sim yang baru. Awani merancang. Tersenyum Awani dengan perancangan nakalnya.

"Eh... ni apahal tersenyum sorang sorang ?"
Hampir luruh jantung Awani mendengar suara Haizat. Tidak sedar Awani bila Haizat pulang. Tahu-tahu saja Haizat berada di pintu dapur memerhati Awani yang masih belum selesai membasuh pinggan. Hanya tinggal beberapa piring sahaja.

"Abang.... kenapa balik tak ketuk pintu ? Sib baik tak ada sakit jantung."
Hilang semua marah Awani waktu melihat wajah Haizat. Haizat hanya tersenyum.

"Abang ke mana ? Saya telefon abang tak jawab ?"

"Jumpa kawan jer... telefon tertinggal dalam kereta"

"Oooooo..."
"Abang nak minum ? Saya buatkan"

"Tak usah la... dah minum tadi. "

"Kalau gitu, saya nak mandi"

"Pergilah mandi... dah busuk macam bangkai dah..." Haizat menutup hidung sambil tergelak gelak.

Awani ikut ketawa sambil mencubit lengan Haizat. Otot di lengan yang keras tidak lut dicubit. Haizat sengaja mengeraskan lagi otot lengannya, buat Awani tambah geram. Awani menarik telinga Haizat. Haizat menjerit kecil dan menarik telinga Awani pula. Oleh kerana kegelian, Awani terus lari ke bilik air sambil mengekek.

Tak mahu mematikan saat indah ini buat Awani lupakan lipstik pada baju Haizat.
Posted by Picasa

4 Comments:

  1. wan salmah said...
    wani, anda ada cerita, ada mood, ada perasaan yg sarat. jom kita belajar dgn berguru di azmahnordin.blogspot.com setakat ini sifu bermurah hati menunjuk ajar kami murid2nya secara online.
    izawani said...
    Terima kasih... Dah add to fav dah addres tu... memang nak berguru, insya-Allah, kalau dia memang suka membantu, saya akan joinlah...
    Azmah Nordin said...
    Salam Izawani :)

    saya dah baca 2 bab teratas drpd karya anda. komen saya yg positif dulu;

    1. cerita berjalan lancar
    2. anda dpt masuk ke dlm jiwa watak utama dan watak haizat, biarpun agak tipis
    3. terlihat seperti watak utama ada sesuatu (bisnes? kerjaya?) utk diketengahkan, selain sebagai suri rumah.

    yg kurang positif;

    1. benar seperti kata anda, ia adalah satu cerita yg klise dn byk sekali telah ditulis orng; cadangan saya, angkat kerjaya wanita watak utama tu, berikan dia harga diri, buat dia berdikari dan tidak sudi diperlakukan sebegitu oleh suaminya.

    2. terlalu byk dialog; cadangan saya, ambil datanya, dan yg buat ia dr sudut pandang watak utama saja. dialog pun, hanya yg perlu saja, dan sedikit saja, yg lain mainkan gelojak perasaan wanita itu

    3. setakat yg saya baca - gmbaran tekanan psikologi watak utama, susur galur kedua watak suami dan isteri tidak ketara -

    cadangan saya, perlu baca artikel terbaru saya di blog Sastera ttg membina perwatakan yg lain drpd yg lain k

    Izawani, setakat tu je saya dpt komen, sbb saya tgh menggarap karya sendiri ni... andainya anda nak menggarap semula karya ni, cadangan saya; cari satu krisis yg betul2 hebat/dahsyat dlm kerjaya dan gabungkan dgn masalah rumahtangga wanita tersebut. dan wujudkan wanita2 hebat dan perjuangkan hak mereka lewat karya anda k

    hi wansalmah :)
    izawani said...
    Terima kasih atas komen. Sebenarnya bila masuk blog sifu ni baru saya semak semula bab bab yang lama, then rasa banyak yang perlu dirombak.

    Cuma, tak banyak masa utk tumpuan ke arah ini. Krisis dah ada seperti sifu cakap tu... cuma kena fikirkan semula bimbang tetap juga sama macam novel yang dah ada di pasaran.

    Kena fikirkan satu kelainan... dan mengasingkan novel dengan kehidupan... hehehe....

    Saya rasa, mungkin saya akan catitkan secara point dalam blog idea idea jalan cerita yang akan saya panjangkan... supaya perjalanan cerita tidak terbabas sana sini...

    Mungkin, lebih baik saya catitkan bab 1 apa point
    bab 2 point bla bla...
    Saya mungkin akan buat point sampai tamat cerita...

    Kemudian baru kembangkan cerita semula... (selepas banyak membaca dan belajar bahasa yang indah ...) Insya Allah...

Post a Comment