Wednesday, February 15, 2012

Cinta 10 - Bab 1



Aku ingin bercerita mengenai seorang budak perempuan dan budak lelaki yang dua dua tak menarik. Sorang gomok gebus. Dan sorang kurus kering. Cam 10 kan ? Ok… let kita create watak dulu. Watak ni…

Nama : Nur Izzaty Amalia
Berat : 90kg
Tinggi : 157cm
Umur : 17 tahun
Nama manja Alia, kekadang Adik. Seorang yang gemok dan periang. Manja juga. Tidak terlalu tertekan dengan keadaan gemoknya.  Ada 2 orang adik beradik, dia dan seorang abang.  Tinggal bersama mama (Puan Izani) dan ayahnya (En Rizwan) di sebuah rumah teres dalam sebuah taman.

Nama : Dania
Berat : 43kg
Tinggi : 160 cm
Umur : 17 tahun
Kawan karib kepada Alia, Seorang yang lebih keras dan bersikap melindung Alia.  Anak kepada polis yang juga bercita-cita menjadi seorang polis seperti ayah dan datuknya.  Biarpun dia perempuan, tetapi itu tidak menghalang cita-citanya.  Katanya, polis bahagian siasatan lebih mencabar.  Sangat minat lihat cerita Gerak Khas.

Nama : Muhd Aris Haizat
Berat : 43 kg
Tinggi : 167 cm
Umur : 22 tahun
Seorang yang sangat kurus tetapi tinggi.  Anak sulung daripada 5 beradik.  Ada rahsia sedikit dalam diri dia. Nanti kat dalam isi kandungan, kita cerita, ok ?  Sebab nak buat sesi siasatan oleh si Dania dan Alia.
(p/s : Ekekeke... masih memikirkannya !)

Nama : Puan Izani
Kerja : Pensyarah
Umur : 45
Ibu kepada Alia dan Aiman.  Dua orang anak yang sangat comel dan kacak.  Sangat penyayang dan rajin menghias rumah selain daripada aktiviti kerjanya.  Telah berpuas hati dengan kerjayanya.  Seorang isteri yang sangat setia pada suaminya dan sering memberi galakkan kepada suami.

Nama : En Rizwan
Kerja : Pensyarah
Umur : 45
Seorang yang serius.  Jarang bercakap.  Tekun kerja dan belajar.  Kesedaran membuat dia cuba untuk menebusnya biarpun sedikit lewat.  Gelaran Dr atau Prof sedang dikejarnya membuat dia sibuk dan membiarkan anak-anak diuruskan oleh Pn Izani. Tetapi, En Rizwan seorang yang bertanggung jawab pada keluarga dan menyayangi mereka.

--------------------------------------------

Lets go…

---------------------------------------------

Nur Izzaty Amalia bergolek golek lagi di tempat tidur. Sehabis SPM, dia belum lagi mencari kerja. Bosan betul berada di rumah. Semalam Dania ingin berjumpa dengannya di KFC, nak bersiap pun lambat lagi. Janjinya, mereka bertemu pada pukul 3 nanti. Nur Izzaty berhajat untuk sambung tidor, bila tiba tiba terdengar suara Puan Izani memanggilnya.

“Amalia… bangun. Sembahyang subuh !”

“Ala mama nih. Cuti la… “

“Apa la Nur Izzaty Amalia ni, kalau kamu abis belajar pun, jangan lupa sembahyang !”

“Eh… apa mama nih. Alia sedang cuti…. Cuti … cutiiiiii !!!”, Nur Izzaty Amalia menekan nekan perkataan cuti berkali kali supaya mamanya faham.

“Ohhh… ok ok… silap faham pula … hehehe !”, tergelak kecil Puan Izani. Nur Izzaty Amalia menjelir lidah pada mamanya.

“Apa apa pun, anak dara, tak baik bangun lewat. Bangun dan masuk dapur. Tolong mama buat sarapan. Sebentar lagi, abah dan abang kamu balik solat, kita sarapan sama-sama”

“Ok la mama…”. Nur Izzaty Amalia bergerak malas saja.

Biasa waktu waktu begitu, dia menjadi malas nak bergerak. Rasa ingin duduk diam dan berangan. Selesai sarapan, Nur Izzaty Amalia ke pondok kecil di halaman rumah. Sambung semula berangan dan termenung yang tadi diganggu oleh mamanya. Rancangan Dania nak mencari kerja, dan petang nanti mereka akan bincangkan di mana dan bagaimana.

“Abah, boleh hantarkan Alia ke KFC tak ? Alia nak jumpa Dania”. Rayu Nur Izzaty Amalia pada abah, Encik Rizwan. Abahnya tidak menjawab, hanya mengangguk sambil membaca surat khabar. Setiap pagi, Muthu akan menghantar suratkhabar yang mereka langgan. Seawal pukul 8 pagi, surat khabar akan dicampak ke rumah mereka.

Petang itu , Nur Izzaty Amalia masuk ke KFC dengan senyuman dibibir bila melihat Dania telah sedia menanti dengan 2 Snake Plate.

“Kau memang tahu selera aku. Lama lama kau kawan dengan aku, tentu kau pun akan bulat macam aku”, Nur Izzaty Amalia mengambil tempat duduk bertentang dengan Dania.

“Eh… jangan la macam tu. Aku ni kena kurus. Kalau tak, macam mana nak jadi polis ?”

“Alaaaaaa… aku tahu la mak dengan ayah kau polis, tak kan la kau pun nak jadi polis ?”

“Yer la Alia, aku memang minat nak jadi polis. Dah tu nak buat macam mana ? Lain la kau, mungkin jadi profesor… kau pandai !“

“Kita sama saja jer la ! Ok… so, apa plan kita ni ”, Nur Izzaty Amalia menukar tajuk perbualan kepada tujuan sebenar mereka bertemu.

“Tadi aku tengok ada iklan kerja kosong kat depan tu”, Dania memuncungkan bibirnya ke arah pintu KFC.

“Kat depan mana ?”, Nur Izzaty Amalia ikut menoleh ke arah pintu.

“Ala… kau ni buta ker ? Kan ada iklan kat depan tu “

“Kau ni cakap aku buta pulak. Aku congkel bijik mata kau yang bulat tu karang, padan muka !”

“Hahaha… ok ok… Kat depan tu, kat pintu masuk KFC ni ada kerja kosong. Apa kata kita minta. Mereka nak pekerja sambilan saja. “

“Eh… betul ker ? Kalau betul, bestnya. Dah la aku suka KFC… !”

“Kau ingat KFC ni, bapak kau punya. Kalau kita kerja sini pun, kita bukan boleh dapat makan free !”

“Eh… ya ker ? Aku ingatkan kita boleh makan ikut suka.”

“Banyak la kau punya makan. Itu saja yang kau ingat. Makin bulat la pipi kau kalau kau ingat makan saja !”

“Makan selagi lalu Dania. Dah sakit nanti… apa pun tak lalu makan “

“Eh kawan… makan kalau dah melampau… nanti dapat penyakit tau !”

“Yer la… yer la… “. Nur Izzaty Amalia mula angkat tangan tanda mengalah. Kalau dia masih berdebat, mau dia kalah. Si Dania ni, kalau berleter pasal makan padanya, memang tak akan berhenti. Baiklah dia betulkan saja pendapat Dania.

“Syyyyy… kau jangan berpaling tau, tu cikgu Amir masuk la !”, Dania berbisik pada Nur Izzaty Amalia.

“Mana mana ?”

“Kau nihhhhh… aku cakap jangan berpaling… kau berpaling jugak. Apa la…”

“Isk… kepala otomatik la Dania. Dah kau cakap macam tu, kepala aku ni dia bertindak tanpa sedar. Isk… cikgu hensem kita tu ada awek la !”

“Ha’ah la… melepas la Alia kau nak ngorat dia.”

“Apa pulak aku… kan kita memang nak bermadu !”, gelak mereka tercetus spontan bila mengucapkan kata bermadu itu. Kemudian Nur Izzaty Amalia dan Dania menutup mulut waktu Cikgu Amir menghampiri mereka.

“Kebetulan pula… kenalkan, ini tunang saya, Fizah, ini anak murid abang !”, Cikgu Amir perkenalkan Nur Izzaty Amalia dan Dania kepada Hafizah tunangnya. Comel tunang Cikgu Amir. Dengan pakaian biru dan solekan nipis, sangat sepadan dengan Cikgu Amir. Mereka bersalam dengan tunang Cikgu Amir.

“Ehemmm cikgu. Bila nak kawin ?”

“Eh kamu ni. Saya belum apa apa, kamu dah tak sabar !”

“Yer la cikgu, nanti kalau cikgu kawin, melepas la orang-orang yang minat cikgu !”. Sambil tergelak kecil, Dania menepis tangan Nur Izzaty Amalia yang menjalar ke pehanya. Bulat mata Nur Izzaty Amalia waktu Dania mengucapkan itu.

“Korang berdua ni memang suka usik cikgu. Kalau ada jodoh nanti, saya jemput kamu berdua. Kamu jangan tak datang tau !”

“Insya-Allah cikgu. “, Dania dan Nur Izzaty Amalia menjawab serentak.

“Kamu tu Nur Izatty Amalia, jangan makan banyak sangat. Nanti susah dapat jodoh tau !”

“Ala cikgu nihhhhh… saya bukan nak kahwin !”, manja suara Nur Izzaty Amalia. Dia malu bila sebut hal kahwin.

“Ok la… saya nak order makan. Kami pergi dulu yer.”

“Ok cikgu. Jalan baik baik, lantai licin, nanti jatuh pula tunang cikgu tu. “ Usik mereka lagi. Cikgu Amir tersenyum sambil mengenyit mata pada mereka kemudian memandang pada tunangnya yang comel.

“Adush cikgu nih… jangan la kenyit mata… parah.. aku terguda…. Apasal la cikgu nak kawin ?”, Nur Izzaty Amalia berdrama waktu Cikgu Amir berlalu dan beratur di kaunter KFC.

“Hahahaha… kau ni tak abis abis dengan terguda tu. Cikgu Amir dah nak kahwin, so, kalau kita tak lulus SPM, nampaknya kena cari orang lain la untuk bermadu. !”,

“Hahahaha…” , kata kata Dania disambut dengan gelak yang tertahan Nur Izzaty Amalia.

“Kita ni asik cakap nak bermadu, buatnya betul kita bermadu, nahas kau !”

“Hehehehe… Ala… takat kau, aku rasa aku ok jer kalau bermadu !”

“Yer la tu …. Eh… kat mana dah kita. Tadi kata nak bincang pasal nak cari kerja.“

“Ok… nanti kita call. Tetapkan masa utk temuduga tu. Kau tak kesah bila bila masa kan ?”

“Aku ok saja “

--------------------------------------------------

Dah 2 minggu Dania dan Nur Izzaty Amalia bekerja di KFC. Dania di bahagian depan, manakala Nur Izzaty Amalia di bahagian dapur. Semasa berhenti rehat tadi, Nur Izzaty Amalia dan Dania pergi ke kedai makan.

“Dah  2 minggu kita kerja kat KFC, aku rasa jemu pula dengan ayam”

“Itu la… hari tu, kau kata kau nak makan ayam KFC tiap hari”

“Itu dulu. Sekarang ni, bau KFC pun aku dah rasa nak mual jer ! Makan nasik kat rumah pun aku tak mau ayam dah tau ”

“Eh… satu perkembangan yang baik tu”

“Apa yang baik ?”

“Kalau kau tak makan ayam… boleh la kau kurus !”

“Woiii… tak ada maknanya tau. Now, aku dah beralih kepada makanan lain pula.”

“Apa ? “

“Nasik paprik udang dan daging, ayam tak mau !”, Nur Izzaty Amalia berkata begitu kepada pelayan kedai sambil menjeling kepada Dania.

“Oh… saya seperti biasa, nasi goreng kampung”

“Air cik ?“

“Air sirap dan air teh o ais limau”, Nur Izzaty Amalia memberitahu pelayan mewakili Dania. Nur Izzaty Amalia telah tahu apa minuman kegemaran Dania.

“Kau memang sahabat sejati aku”, kata Dania sambil menepuk bahu Nur Izzaty Amalia.

Nur Izzaty Amalia bertuah kerana Dania mahu berkawan dengannya. Tanpa Dania, Nur Izzaty Amalia tidak tahu bagaimana nak menghadapi dunia persekolahan. Sejak dari sekolah rendah, masuk lah menengah, mereka tetap bersama. Danialah yang akan ke depan bila ada sesiapa sahaja yang membuli Nur Izzaty Amalia. Dengan badan tegap Dania dan garang, Dania memang ada tokoh untuk jadi polis.

“Dania, nanti keluar result SPM, kita mohon IPTA yang sama tau !”

“Aku ok saja. Mohon boleh, tapi boleh tentu dapat ker ?”

“Nanti aku cuba suruh abah aku rekemenkan !”

“Eh kau nih… salah guna kuasa nih. Lagipun, UUM tu bukan bapak kau punya !”

“Hahaha… kau ni… aku cakap jer la !”

“Eh… waktu rehat kita nak tamat dah nih. Karang, marah pulak si kering tu kalau kita lewat !”

“Ha’ah la… jom la. Tensen aku semalam kena marah dengan dia. Aku silap sikit jer, terus dia sergah sergah aku. Malu tau !”

“Dia sergah kau ker ? Aku ingatkan dia minat kat kau !”

“Wooiii… tak ada maknanya tau !”

“Hahahaha…”, mereka beriringan masuk semula ke KFC untuk meneruskan tugas. Muhd Aris Haizat menoleh ke arah jam sambil melihat mereka masuk

“Sib baik tepat, kalau tak, mau mengamuk singa kurus tu !”

“Hahaha… kau nih…”, Nur Izzaty Amalia mencubit lengan Dania sambil berlalu ke dapur. Dania terus mengangkat pinggan yang berselerak di atas meja, mengemas dan mempersilakan pelanggan duduk.
Posted by Picasa

1 Comment:

  1. Sarjen Pencerita said...
    Teruskan usaha menghasilkan karya kak..semoga terus maju...jangan lupa juga lawat blog sya ya kat https://ceritaberemosi.blogspot.my/

Post a Comment



Template by:
Free Blog Templates