Sunday, January 03, 2010

Menanti Pasti... 44

"Abang nak ke mana ?"
Awani bertanya bila melihat Haizat bersiap siap berpakaian sedangkan hari itu cuti.

"Suka hati aku lah, jangan ambil tau hal orang lelaki"

Kasar betul jawapan Haizat bila Awani bertanya dengan lembut. Awani hanya menunduk semula sambil menggosok pakaian yang hanya tinggal 2 pasang. Pakaian digosok seminggu sekali. Menjimatkan elektrik dan juga memudahkan kerjanya jika perlu outstation ke mana-mana dengan tergesa-gesa.

Walaupun Awani ingin jadi tabah, jadi keras, dalam keadaan itu, menitik juga air matanya. Awani menyeka air matanya. Awani tidak faham kenapa Haizat melayannya begitu. Sesekali, datang baiknya, layanan macam akulah ratu. Sesekali, datang jahatnya, layan macam akulah pelacur... sekurangnya, itu yang Awani rasa.

Awani menuju ke pintu bila melihat Haizat memakai kasut.

"Abang nak balik pukul berapa ?"

"Malam karang."

"Abang nak makan malam karang ?"

"Masak la... kalau aku lapar, aku makan..."
Endah tak endah sahaja jawapan Haizat.

"Abang... tolong belikan..."

"Jangan kirim kirim. Aku tak ada masa nak beli..."
Belum sempat Awani meminta tolong, Haizat terus memotong.

Awani mengeluh.
"Abang bawa kereta hati hati."

Haizat yang ingin mengundurkan keretanya, memandang sekilas pada Awani. Melihat Awani melambai dan melihat Awani tersenyum. Namun senyuman itu bagai tiada erti pada Haizat.

Awani masuk ke dalam setelah menutup pintu rumah. Menyiapkan tugasnya yang belum selesai. Selesai mengemas rumah, Awani membuka komputernya. Hasrat hati ingin menyiapkan dokumen panduan pengguna untuk diserahkan kepada pengguna sistem. Modul awalnya adalah untuk memasukkan data. Seperti biasa, Awani akan onlinekan YMnya saat bila menggunakan komputer. Sambil membuat kerja sambil berbual, agar tidak bosan.

Melihat pada nick name En. Aris yang online, Awani berhasrat ingin menyapa.

"Hi !"

"Hai dear "

Ah... hampir serentak.

"Kenapa lama tak online ?"

"Sibuk skit la...". Awani cuba menipu. Sedangkan sebenarnya Awani tidak akan online jika suaminya ada di rumah. Jika perlu sangat, Awani hanya invisible.

"Sayang... abang call yer ?"

"Isk... jangan la berbahasa abang... geli tau ... "
Awani dah tergelak gelak. Rasa nak terburai isi perutnya bila menipu begitu.

"Ala... tak apa la... abang nak dengar suara sayang !"

"Sekejap, nak ambil telefon..."

Awani mengambil telefon dalam tas tangannya. Telefon itu sengaja di'diam'kan agar tidak berbunyi. Telefon terpakai dibeli hanya digunakan untuk menghubungi En. Aris. Awani tidak mahu tembelangnya pecah dan Haizat mencurigainya. Melihat pada beberapa miss call, Awani tahu, tentu En. Aris mencari-carinya.

"Baru lega hati dengar suara Izza"

"Hehehe... kenapa, tidor tak lena ker kalau tak dengar suara saya ?"

"Tentu la... rindu tau tak ?"

Wah... En. Aris ni, betul betul gila bayang atau memang macam ni perangainya ? Awani hanya tergelak gelak kecil. Ikutkan hatinya Awani terasa ingin saja gelak terguling guling.

"Sayang... abang nak ke KL esok "

"Jumpa anak isteri yer ?", Awani bertanya untuk mengusik.

"Hehehe... yer..."
Awani terlihat ada email yang masuk. Sempat membaca sebaris dua....

"Kenapa diam, Izza cemburu ke ?"

Terkejut Awani.
"Eh, tak adalah. Tak ada maknanya..."
Sengaja Awani sedih sedihkan suaranya.

"Abang ke sana 3 hari. So, masa tu jangan call abang"

"Yer la... saya tau la... tak mungkin saya nak melukakan hati isteri awak"

"Abang tentu rindu nak dengar suara Izza", En. Aris tetap berbahasa Abang biarpun Awani janggal untuk memanggilnya abang.

"Saya pun rindu juga..."
Perlahan saja suara Izza menyebutkan itu, sedangkan hatinya bagai digeletek.

Seronok betul mempermainkan orang. Jikalah En. Aris tu tahu... tak dapat dibayangkan bagaimana penerimaan En. Aris.
Biarpun Awani rasa hanya ingin mempermainkan En. Aris, kekadang perasaan gembira bila mendengar suara En. Aris tidak dinafikan.

Mereka berbual lama. Tidak sedar bila jam menunjukkan ke angka 6 petang. Tak sedar mereka berbual hampir 3 jam.

"Ok la... saya nak masak, lapar lah..."

"Izza tentu masak sedap"

"Memang sedap pun... masak meggi jer.... hahahaha" Awani sengaja gelak besar. Awani ingin buat En. Aris membayangkan Izza seorang bujang yang tinggal seorang di rumah sewa.

"Ok... pergilah ... nanti sakit pulak"

"Yer la... tak makan tadi, berbual sampai terlupa waktu makan "

"Seronok berbual dengan Izza"

"Yer la tu... nanti ada masa kita sembang lagi"

"Susah la dapat berbual dengan Izza. Selalu tak angkat call abang "

"Kekadang saya tak suka diganggu."

"Yer ker ? Atau takut suami marah ?"
Awani terkedu. Eh... En. Aris ni tahu ker aku berbohong ?

"Mana ada orang suka saya ?"

"Yer ker ?"

"Tak percaya sudah... saya tak minta awak percaya saya..."
"Saya tak suka pada orang yang pertikaikan apa yang saya kata"

Tegas sekali kata kata Awani.

Awani terus memutuskan talian. Selepas seketika, Awani menutupnya terus. Dengan niat tak mahu diganggu, Awani ingin memasak. Bila bila masa sahaja Haizat akan pulang.

Awani percaya, tentu En Aris kelam kabut sekarang. Awani tersenyum nakal.

Selesai sembahyang Asar, Awani menyediakan masakan. Selepas semuanya terhidang, Awani terus mandi dan sembahyang Maghrib. Sementara menanti suami balik, Awani menjengok PCnya dan mula menaip sesuatu.

Melihat kepada jam di PCnya, menunjukkan hampir ke pukul 10 malam. Haizat masih belum pulang. Awani takut untuk menalifon bertanya. Biarlah Haizat balik pukul berapa pun. Asalkan Haizat balik, itu sudah memadai.

Awani sembahyang Isyak pula. Selesai sembahyang, Awani menanti. Perutnya mula berkeroncong.

Awani on semula handphonenya. Melihat pada mesej yang berderet... Awani tergelak kecil. Belum sempat Awani membaca mesej, handphonenya bergetar.

Posted by Picasa

2 Comments:

  1. Mak Su said...
    salam singgah, salam hari jumaat, novel online ker ni?
    izawani said...
    Salam maksu...

    Yer... novel online... yang dok tengah belajar lajar lagi nak perbaik cara penulisan...

Post a Comment