Tuesday, January 26, 2010

Banyak yang berlegar dalam fikiran aku untuk mengisi e-novel tu. Bila berkarya, kita tentu ingin menceritakan sesuatu. Bila bercerita, tentu kita mesti ingin jadikan ianya menarik. Tapi, selain dari menarik, kita mesti jangan lupa tentang pengajaran yang boleh diambil dari cerita kita. Kita tidak boleh bercerita tanpa ada pengajaran.

Memang banyak sangat cerita dalam pasaran mengenai wanita yang berkahwin dan diabaikan oleh suami kemudian menjadikan kerjaya sebagai penyelesaian atau penguat semangat.

Memang itu pengajaran yang sangat baik. Mungkin ramai orang akan termotivate dengan cerita yang ada dalam novel di pasaran.

Tapi, aku ingin lari dari tema yang begitu. Orang lain dah buat banyak, jika aku ingin teruskan, tentu aku terpaksa mereka satu watak yang aku pun tak tahu nak wujudkan bagaimana lagi.

Cerita aku,

Aku ingin cerita mengenai perempuan yang berkerjaya, yang berkahwin dengan suami yang lebih rendah taraf pendidikan dan jawatannya. Aku pernah bertemu dengan perempuan begitu. Menangis bercerita, suaminya kaki pukul. Pukul di kawasan tertentu badan dia yang orang lain tidak nampak. Di depan orang, mereka sangat bahagia. Di belakang orang, makanan asasi dia adalah sepak terajang suami. Dia senyapkan kerana kasih dan kerana anak.

Aku tahu ceritanya, dan waktu itu dia ingin sangat lari dari suaminya, tetapi tiada jalan lain kecuali berpisah. Dia akhirnya ke KL, sambung study, suaminya masih di Kedah. Aku dengar dia nak berpisah terus... aku tak tahu ending cerita dia.

Kalau aku angkat tema ini, tentu endingnya tak best, sebab lelaki kaki pukul jarang yang akan berubah, aku aku juga tak tahu bagaimana nak mengubah lelaki yang begini. Aku lihat dalam OPRAH, katanya memang lelaki kaki pukul sangat bermasalah dan susah untuk berubah kerana bagi lelaki tu, pukul isteri tu dah jadi macam biasa, tidak ada rasa bersalah, dah rasa jadi hak mereka pula.

Jadi, aku akan buat kelainan sedikit. Mungkin aku akan rombak sedikit e-novel aku.

Ceritanya bukan berkaitan dengan kerjaya tapi bagaimana wanita nak perjuangkan hak mereka dan menyedari sebenarnya suami bukan segalanya. Kerana, sewaktu perempuan begini berkahwin, biasanya dipasang azam untuk menjadi isteri terbaik untuk suami dan menghambakan diri untuk orang yang dikasihi agar dia sendiri disayangi. Selepas dia sedar tentang suaminya bukan segalanya, bagaimana dia nak mengubah sikap suaminya.

Aku akan bercerita mengenai suami yang hanya tahu menyakiti hati isteri kerana rasa bahawa dia adalah TUAN dalam rumah tangga. Kekadang bila dia cuba berubah, tekanan dari dalam atau luar buat dia jadi JAHAT semula. Haizat akan digambarkan sebagai lelaki yang curang, tidak tahu bertanggung jawab pada rumah tangga, menggunakan duit isteri untuk berpoya poya.

Isteri ingin buat suaminya sedar, betapa sakitnya hati bila dikhianati dan tidak dihargai.

Tapi, tidak tahu caranya. Sudah tentu, kerana jika kita ingin menyadarkan mereka, tentu kita pun terpaksa curang, kan ?

Penantian mereka berakhir dan sewaktu mengkhabarkan berita tu, tetiba Haizat dapat tahu hubungan GELAP Awani dengan En Aris.

Haizat menceraikan Awani kerana dayus kalau dia teruskan dengan isteri yang punya hubungan dengan orang lain. Haizat tidak tahu yang hubungan mereka hanya dalam telefon sahaja. Dia sangkakan kandungan isterinya adalah dengan En. Aris.

Bila En Aris tahu mengenai Awani, mulanya dia marah, kemudian simpati, dia ingin peristerikan Awani. Isteri kedua ? Mana mungkin.

Haizat terseksa melihat Awani mesra dengan En. Aris, dengan kandungan yang semakin membesar. Dia mula menyedari kehilangan dan rindu pada Awani. Rindunya lebih hebat dari rindu pada Ella.

Bila tahu hal sebenarnya, Haizat ingin menagih kembali cinta.

Awani cakap "Kita telah lama bersama, abang tidak pernah cintakan saya. Abang cintakan orang yang abang tidak miliki, saya tidak mahu abang kembali membenci bila bersama saya "

"Demi anak ?"

"Dulu... saya bersama abang kerana saya benar benar cintakan abang, sekarang saya ingin bersama kerana saya cintakan abang juga, bukan kerana anak. Malangnya cinta saya telah mati "

Haizat tidak rela anaknya ber'bapa'kan orang lain.

"Jangan risau, tiada orang lain yang akan jadi bapanya... sayalah ibu dan sayalah bapa !"

Haizat berkeras utk memiliki anak tu.

Awani sanggup serahkan anak tu, kalau Haizat ingin bersama kerana anak.

Ada ker ibu yang sanggup ??? Dia pun menanti bertahun tahun. Hehehe... aku mungkin buat watak Awani yang telah keras hatinya dan sanggup buat begitu.

Ohhh.... jangan sangka Awani terlalu keras hati utk tidak menerima Haizat. Awani ingin Haizat benar benar berubah. Berubah utk lebih bertanggung jawab.

Bila Haizat dapat anak tu, dia fikir dia dapat kembali bersama Awani. Ternyata, hati Awani keras (pada pandangan Haizat la... sedangkan Awani menangis tiap malam huhuhu )

Anak tu pula asiklah menangis. Tak serasi dengan Haizat dan juga Mak Haizat yang menjaga anak tu. Anak tu dipulangkan semula pada Awani.

Haizat kembali menagih cinta bukan kerana anak, tetapi kerana benar sayangkan Awani dan ingin hidup bersama dengan mereka berdua. Huhuhu... aku yang cerita ni pun nak bayangkan rasa macam sedih sangat... entah berjaya atau tidak aku nak buat ayat yang mengharukan nanti.... bagaimana derita Awani berpisah dengan anak dia... bagaimana dia nak berlakon sebagai orang yang keras hati...

Dan... akan aku ceritakan bagaimana Awani buat agar suaminya menjadi lelaki yang lebih bertanggung jawab kerana dia sebenarnya menyayangi suaminya dan dia mahu Haizat yang menjadi bapa anaknya. Awani akan buat Haizat melupakan segala cinta cinta bodohnya selepas kahwin.

Waktu dia kembali semula pada Haizat, Haizat telah berubah banyak dan waktu dia mengandung anaknya yang kedua, mereka benar benar berbahagia... Kerana janji Haizat "Abang akan bahagiakan Awani, dan abang tidak akan mungkir lagi"

Awani pula sangat bahagia, pengorbanan, penantian dia tidak pernah sia sia.... Dia bukan disayangi kerana duit, pangkat atau kecantikan. Dia disayangi dan dicintai kerana dia Izza Salwani.... huhuhu....


Macam kisah hidup aku ??? Tak lah... tapi aku juga sekuat Awani.... dan aku mahu sesiapa diluar sana juga kuat utk berhadapan dengan masalah hidup.

Entahlah... berjaya atau tidak aku nak buat sambungan cerita ni... tapi plotnya lebih kurang macam kat atas tu la...

Banyak tak tema yang macam ni dalam pasaran ? Aku baca novel yang jiran aku beli tu tema perempuan jadikan kerjaya/study sebagai penguat semangat dan buat suami respek skit, mungkin sesuai utk dia la. Tapi bagaimana dengan perempuan yang memang dah berkerjaya tetapi somi tak respek pun ?

Apa pengajaran dalam cerita aku ? Jadikan perempuan lebih kuat kot ? Tidak lembik pada desakan dan rayuan lelaki.

Kepada yang mengikuti e-novel aku, dalam diam ker dalam tak diam ker, jangan marah pada aku kalau aku tidak mampu siapkan dalam waktu yang cepat... kerana aku bukan tak ada kerja.... huhuhu...

4 Comments:

  1. tajnur said...
    Salam!
    Kebebasan menulis adalah hak individu mengikut kreativitinya. Terusterang, selalunya kami yg jenis `otak kiri` ni kurang membaca novel2 yg menekan dan ke arah negatif. Bila baca je trend penulis Melayu dah boleh bayangkan penghujungnya. Gambarannya kepincangan sesuatu rumahtangga berpunca kepada lelaki. Jadi you all je lah baca!
    izawani said...
    Terima kasih Tajnur.

    Orang membaca kerana banyak sebab. Ada yang nak lawak lawak, ada nak motivasi, ada yang nak happy...

    Buat masa ini, mungkin ini idea saya. Next time mungkin cerita yang lebih santai...

    Depend pada mood...

    :)

    Niat saya masa saya buat citer nak cerita bagaimana ketabahan perempuan nak meraih cinta suami dan menempuh dugaan hidup. Diluar sana ramai perempuan diduga, tapi saya ingin tekankan dalam novel ini, sekuat mana mereka diduga, tentu ada hikmahnya dan ada orang lain lebih teruk diduga dari mereka.

    Niat tu nak juga cerita suami isteri hidup bahagia, tapi belum dapat idea nak hebatkan cerita supaya sesuai masuk dalam cerpen/novel.

    Lagi sekali, terima kasih atas komen biarpun mungkin tajnur tak baca pun isinya...
    tajnur said...
    Salam!
    Maaf Izwani,
    Jgn salah faham, saya baca tulisan izwani cuma kalau terlalu menekan kepada `negative side` terhadap kesalahan lelaki mmglah saya tak teruskan membaca mungkin jenis otak kiri kot!
    Anyway proceed with your writing. Tq v m
    Mak Su said...
    ramai yg begitu hidupnya, wanita lebih berkerjaya dan suami berlagak king.... cabaran dunia :(

Post a Comment