Friday, May 29, 2009

Menanti Pasti... 8

Pagi masih terlalu awal waktu Awani keluar dari rumah. Melihat sekeliling rumahnya, tergerak di hati Awani untuk memangkas pokok bunga yang mula meninggi. Pokok puding dan bunga kertas yang tidak terurus kebelakang ini kerana kesibukkan Awani bekerja. Kerja Awani yang keluar pagi balik petang membuat dia tiada masa untuk mengurus rumah.

Dia lihat ada satu keluarga baru berpindah di sebelah rumahnya. Minggu lepas, rumah tu masih kosong. Memang banyak lagi rumah yang kosong. Dia tidak faham kenapa pihak Universiti tidak penuhkan saja rumah rumah yang kosong. Waktu dia memohon untuk duduk dalam kuarters ini, jawapan mereka, rumah tiada yang kosong. Jika ada yang kosong, giliran panjang sangat.

Tapi, bila dia masuk, di sekeliling rumahnya banyak lagi yang kosong. Ini menyebabkan dia tidak punya ramai jiran.

Sedang Awani menggunting pokok pokok puding, kedengaran pintu rumah jirannya terbuka. Keluar anak-anak jirannya. Kecil kecil lagi mereka.

Kemudian, kakak sebelah rumah menjengok. Bila melihat Awani, dia lemparkan senyum.

"Rajinnya..."
"Tak ada la kak... pokok ni dah tinggi"

Kemudian kakak jirannya masuk rumah. Dia keluar semula selepas menyarungkan tudung kepala.

"Adik nama apa ?". Kakak jiran rumahnya menghulurkan salam sambil bertanyakan namanya.
"Izza Salwani. Panggil saja Wani atau Awani. Saya nak panggil kakak apa ?"
"Panggil saja Kak Ina"
"Mana suami kak Ina ?"
"Keluar beli sarapan pagi. Suami Wani pulak ke mana ?"
"Suami saya outstation."

"Oooo... kesian tinggal sorang... tak takut ker ?"
"Biasa la kak, kalau ada anak, boleh jugak jadi teman. Anak Kak Ina berapa orang ?"
"4 orang jer. 2 lelaki 2 perempuan"
"Wah... bestnya... nanti kalau ada masa, saya nak pinjam anak akak tau..."
"Buleh buleh... tak ada hal... buleh jugak akak bermesra dengan abang hang tu"
"Weh kak... tak mau la semua... sorang jer sudah la... hahahaha"
"Ko ni... potong stim betul la... kot nak pinjam, amik la semua... senang akak nak berehat"
"Tak buleh tak buleh... nanti akak plak dapat anak ke lima, saya juga yang masih menanti..."
"Jangan la sedih... akak gurau jer... hehehe"
"Tak ada hal... saya dah biasa..."

Kakak jiran sebelah rumah mesra sangat dengan Awani. Awani rasa terhibur dengan jiran baru ini. Mereka berlalu bila suami Kak Ina balik dengan kereta Toyota Wish warna putih yang sangat cantik pada pandangan Awani. Tentu mereka beli kerana anak mereka bertambah.

Bahagianya mereka... Awani mengeluh pendek sambil berlalu...





Posted by Picasa

Thursday, May 28, 2009

Menanti Pasti... 7

Haizat sampai ke KL pukul 1 pagi. Dia tidor sebentar di rumah adiknya di Shah Alam. Semasa Haizat sampai, Hamlee sedang tidor lena dengan isteri dan anaknya.

Pagi-pagi lagi selepas menjamu selera dengan hidangan kuih gelang dan nasi lemak yang Hamlee beli dari gerai di simpang jalan, Haizat meminta diri.

"Lee, abang nak keluar sat lagi"

"Abang nak ke mana ?"

"Abang nak pegi UiTM"

"Abang jumpa lagi ke budak tu?"

"Yer..."

"Hmmmm..." Hamlee hanya menggelengkan kepala. Tidak faham dengan perangai abang sendiri. 2 minggu lepas, Haizat bawa balik budak perempuan itu ke rumahnya. Siap masak nasi. Budak tu cantik, Hamlee akui. Pandai memasak. Lemah lembut. Memang boleh buat lelaki tergoda dengan suara manja dan lincahnya.

"Kau balik pukul berapa hari ni ?"
"Macam biasa la bang, hari ni hari Jumaat. Kalau abang balik awal, ambil la kunci kat tempat biasa."

"Baik la..."

"Tapi saya nak pesan... jangan la bawa balik budak perempuan tu waktu kami tak ada..."

"Pandai pandai la aku... kau jangan sibuk la..."

Hamlee menggelengkan kepala lagi...

Hamlee dan Haizat beredar dari rumah Hamlee pada waktu yang sama. Isteri Hamlee, Irna mendukung anak mereka dan meletakkan di rumah pengasuh di depan rumah mereka.

Hamlee dan Irna menaiki kereta yang sama untuk ke tempat kerja. Haizat pula terus berlalu untuk berjumpa buah hati tersayang.

"Abang... saya nak marah la..."
"Kenapa?"
"Abang Haizat tu la... "
"Isk... " Hamlee malas nak masuk campur hal abangnya.
"Kalau dia tu bukan abang ipar saya, tentu saya dah basuh dia cukup cukup"
"Biar la dia... " Hamlee cuba menyejukkan hati isterinya.

Irna memang pantang mendengar abang iparnya datang ke KL. Dia marah betul bila tahu abang iparnya ada perempuan lain sedangkan isteri di rumah tinggal sendirian.

"Kesian saya tengok kak Wani tu."
"Kak Wani tu sangat sayangkan abang Haizat. Tidak pernah sekali pun saya tengok dia tinggikan suara menjawab setiap kali ditengking"
"Kalau sayalah..."

"Kalau abang marah Irna, Irna nak buat camna ?"

"Irna nak jadi beruang... warghhhhhhhhhh... makan budak..."

"Hahahaha..."


Hamlee mencubit hidung Irna. Sayang betul dia pada Irna. Kenapa abangnya tidak sayang pada isteri sendiri ? Kenapa berkahwin tetapi curang dibelakang ? Kenapa tidak lepaskan saja jika tidak suka ?

Jawapan itu hanya ada pada Haizat.
Posted by Picasa

Menanti Pasti... 6

"Sayang... abang dalam perjalanan"

SMS yang masuk ke telefon Ella dibaca berkali kali. Senyuman yang terukir di bibir Ella telah membayangkan betapa Ella gembira.

"Ok.. Ella tunggu abang... abang sampai pukul berapa ?"

"Tak usah... abang sampai lewat. Esok saja kita jumpa"

Tak sabar betul Ella menanti. Dia mula melihat almari pakaian. Mencari pakaian yang sesuai untuk pertemuan esok. Dicuba satu... tak sesuai... dicuba yang lain... pun tidak puas hati. Akhirnya Ella tersenyum waktu melihat sepasang kurung biru pemberian Haizat, waktu mereka bertunang.

"Ah... pakai saja baju tu." Cantik warna biru dengan bunga bunga putih halus menghiasi. Pandai Haizat memilih kain tersebut sebagai salah satu hantaran semasa mereka bertunang setahun lepas.

Malam itu Ella sukar tidor bila membayangkan pertemuan mereka. Sayang Ella pada Haizat, rindu Ella pada Haizat tidak dapat digambarkan dengan kata kata. Jika boleh, Ella inginkan Haizat sentiasa bersama dengannya.

Teman serumah telah lama diulit mimpi. Katil Ena berbunyi sewaktu Ena memusingkan badan. Ena yang sedikit tembam, manis dengan gaun tidor yang nipis. Kain Ena yang terselak sedikit, Ella kuis bagi menutupi semula peha Ena yang putih gebu. Dada Ena yang ranum hampir tersembul disebalik baju tidor.

Tidak mahu memerhati Ena, Ella cuba melelapkan mata. Tapi bayangan Haizat di ruang matanya buat Ella tidak dapat tidor. Debar di dadanya tidak mahu surut. Setiap kali ingin bertemu, Ella sentiasa berdebar. Peluh dingin di tangan mula terasa. Panas mukanya bila membayangkan senyuman manis Haizat dengan kumis nipis.

"Ahhh... aku rindu...."
Posted by Picasa

Ada hari buruh...
Kita semua bercuti...

Ada hari raya...
Kita semua berhari raya...

Ada hari ibu...
Anak cuba menghargai ibu...
Saat ibu masih ada...
Ada anak merindui ibu...
Bila ibu sudah tiada...
Ada yang dapat mendakap ibu...
Ada yang hanya memeluk bayangan...

Ada hari bapa...
Sunyi sepi tiada acara...

Ada hari guru...
Seharian di sambut...
Cikgu gembira tersenyum sentiasa...
Melihat hadiah di depan mata...
Dari puluhan sikecil yang tercinta...

Hari guru...
Pada cikgu kita yang lama...
Yang kita benci ... yang kita suka...
Mengajar kita ilmu membaca...
Semuaaaanya mula menjelma
Di depan mata...

Bagi aku...
Ada guru yang aku suka...
Tapi ada juga cikgu yang aku mahu lupa...


p/s : Ekekeke... lama dah berlalu hari guru...
Posted by Picasa

Wednesday, May 27, 2009

Menanti Pasti... 5



"Wani... sat lagi aku nak ke KL, jumpa kawan"
"Boleh saya ikut ?"
"Tak boleh, duit tak cukup"
"Tak apa... saya keluarkan duit saya... lagipun saya cuti"
"Tak boleh... tak boleh... aku cakap tak boleh tak boleh la!"

Suara Haizat yang kuat itu membuat Awani terdiam. Muka garang Haizat tidak berani Awani tatap.

"Abang... lama kita tak jalan jalan", Awani berkata perlahan, sambil menundukkan mukanya.
"Aku sibuk... nanti kalau tak sibuk, kita keluar la..."

Awani hanya mengangguk dan berharap janji Haizat akan tertunai nanti. Dia rasa cemburu melihat teman yang bercerita hal makan angin ke sana sini bersama keluarga. Dia hanya berada di rumah. Haizat tidak benarkan dia berjalan keluar bersama teman. Kalau nak ke mana-mana, perlu diberitahu dulu. Bukan mudah untuk suaminya benarkan dia keluar biarpun hanya untuk makan makan di luar bersama teman pejabat.

Petang itu, Haizat bertolak ke KL. Seperti biasa, Awani menyalami tangan Haizat dan mendoakan agar suaminya selamat. Haizat menghadiahkan Awani senyuman yang manis sebelum masuk kereta untuk ke KL. Awani membalas senyuman Haizat dengan lambaian dan pesanan agar berhati hati. Dalam hati Awani berdoa agar suaminya selamat dalam perjalanan. Awani perasan, setiap kali Haizat outstation atau keluar ke KL, Haizat kelihatan sangat gembira. Awani teringin berkongsi kegembiraan itu. Alangkah indah jika Awani dapat bercuti bersama sama dengan Haizat. Akhirnya Awani hanya mengeluh...

Sepanjang cuti Awani hanya menonton television. Untuk balik ke kampung, Haizat tidak benarkan. Lagipun, Awani tidak mahu keluarganya tahu jika mendung di hatinya terpapar di wajah. Baiklah dia biarkan kesakitan ditanggung sendirian. Biarpun perit, Awani berjanji akan bertahan selagi dia mampu.

Awani berfikir, dia perlu isi masa dengan sesuatu. Hajatnya, hujung bulan ini dia akan hadiahkan dirinya sebuah laptop. Bosan betul mengadap TV yang tidak boleh berinteraksi dengan dirinya. Lagipun bulan depan, hari ulang tahun kelahirannya. Apa salah hadiahkan untuk diri sendiri, kan ?
Posted by Picasa

Menanti Pasti... 4

"Wani... wani... bangun"
"Yer... yer..." Awani terkejut mendengar suara suaminya. Melihat wajah suaminya, dia sedar, tadi hanya mimpi. Tapi air matanya masih dipipi.
"Mimpi apa ni terjerit jerit ?"
"Saya jerit ker ?"
"Yer la... kuat betul"
"Maafkan saya kalau saya ganggu abang tidor"
"Ok la... aku letih ni... mengantuk betul"
"Maafkan saya..."

Awani masih teresak sewaktu Haizat masuk tidor membelakangkan Awani.

Awani memeluk Haizat dari belakang. Betapa dia sayangkan Haizat. Dia tidak sanggup kehilangan Haizat. Biarpun suaminya tidak sayangkan Awani, Awani cuba untuk berbuat sebaik mungkin. Teringat pada mimpinya, Awani terasa sedih.

"Panas la... ". Haizat menepis tangan Awani yang melingkar pinggang Haizat.

Awani melepaskan pelukan. Dia menjauhkan diri sedikit dan melihat sahaja belakang badan Haizat. Awani menyeka air mata yang mula turun semula.

"Ya Tuhan... terima kasih kerana memberikan aku seorang suami"
"Ya Tuhan... terima kasih kerana suami aku sihat"
"Ya Tuhan....aku pinta padamu, bukalah pintu hati suamiku untuk menyayangiku"

Awani berdoa dalam hati, dengan iringan air mata di pipi.

Posted by Picasa

Awani sedang menjemur baju sewaktu telefon berdering. Berlari lari Awani mengangkat telefon. Dalam fikiran Awani berharap suaminya menalifon. Suara halus Awani mengucapkan kata keramat dalam telefon... hello...

"Hello.."
"Hello... boleh saya bercakap dengan Puan Izza Salwani"
"Yer bercakap...". Berdebar hati Awani mendengar suara lelaki yang tidak dikenali. Apa lagi masalah nak menimpa ni ?
"Puan, saya harap puan dapat bersabar..."
"Kenapa ? Ada apa yang berlaku ?"
"Suami puan..."
"Kenapa dengan suami saya ?"
"Sila datang ke hospital Jitra, suami puan kemalangan."
"Hahhh... "

Awani terkejut, dan terlepas telefon tanpa sempat mengucapkan terima kasih dan bertanyakan siapa yang melefon. Terus tanpa berlengah Awani tinggalkan semua kerja dan bersiap untuk ke hospital.

Dalam hati Awani berharap suaminya hanya kemalangan kecil sahaja. Dalam kereta, tidak putus putus doa dari mulut Awani. Awani tidak mahu membayangkan yang buruk, dalam hati Awani berharap suaminya hanya luka kecil sahaja.

Sampai sahaja di hospital, Awani ke meja pendaftaran tanyakan wad suaminya.
"Encik, boleh saya tahu Mohd Haizat Haikal ada di wad mana ?"
"Sebentar saya semak"
"Maaf Puan, suami puan tidak berada di wad"
"Habis tu suami saya dah keluar wad ke ?"
"Tidak, saya harap puan bersabar... puan perlu mengenal pasti mayat suami puan dibilik mayat"
"Hahhhhhh?"

Awani terkedu. Kemudian menangis...

"Abangggggggggg..... kenapa abang tinggalkan Wani ?"
"Abangggggggggg..... abanggggggg....."

Awani menangis histeria....



Posted by Picasa

Tuesday, May 26, 2009

Menanti Pasti... 2

"Hello..."
"Hello... abang yer ?"
"Yer la abang, siapa lagi yang nak call sayang ?"
"Ala abang ni... ada apa abang call ni ?"
"Sayang dah makan ?"
"Dah... abang dah makan ker ?"
"Dah... makan kat kedai tadi... ni pun masih kat kedai la ni..."
"Kesian kat abang... kalau abang masih di sini, tentu Ella masakkan untuk abang..."
"Hehehe... sedap betul masakan Ella... nanti masak lagi tau..."
"Yer la... untuk abang, Ella sanggup buat apa saja"
"Eh, sayang call rumah abang ke tadi ?"
"Yer... Ella call rumah abang tadi"
"Kenapa Ella call rumah abang ? Kan abang dah cakap, jangan call rumah abang"
"Saja la... Ella nak tau macam mana dengan isteri abang tu"
"Ella jangan la call rumah... nanti abang call Ella selalu tau..."
"Tapi... macam mana dengan hubungan kita ?"
"Ala sayang... tunggulah dulu... nanti abang pasti tunaikan janji abang"
"Abang janji tau..."
"Abang janji... errr... ok la sayang... nanti esok pagi abang call lagi"
"Ok abang... rindu abang..."
"Ok... rindu sayang juga...."
"Bye..."
"Bye..."
"Love u"
"Love u 2..."
"Ok... sudah sudah...."

Telefon diletak. Senyuman terukir di bibir Haizat. Haizat sengaja singgah di kedai selepas menelefon Ella. Dibelinya sekotak rokok. Sebatang dikeluarkan. Terlupa pula, lighter tinggal di rumah. Dimasukkan semula dan terus hidupkan motorsikal pulang ke rumah. Di rumah, Haizat menonton television. Awani masih di bilik. Rasanya sedang solat. Ah... isterinya baik... tapi hatinya pada Nor Azila. Jika disuruh buat pilihan, tentu saja dia memilih Nor Azila. Tiada langsung rasa cinta pada Awani.

Malam itu, seperti malam malam yang lain, Haizat tertidor di ruang tamu. Bila Awani lihat suaminya tertidor di ruang tamu, dia selimutkan berhati-hati. Bimbang jika Haizat tersedar. Mengamuk pula kerana mengganggu tidornya.

Awani tidor sendirian di bilik, ditemani air mata.

Awani terlalu sayangkan suaminya. Melihat suaminya tertidor di ruang tamu dengan wajah keletihan, buat Awani sedar, suaminya tentu letih setelah 2 hari outstation di KL. Rasa salah menghantui kerana bertanyakan soalan tadi membuatkan suaminya marah.
Tentu suaminya masih marahkan dia, sebab tu suaminya tidak mahu tidor dalam bilik.

Awani rindu pada belaian suami... tapi apakan daya, suaminya selalu memberi alasan letih. Letih bekerja. Kekadang alasan diberi sebab ingin menonton television, biarpun waktu telah lewat dan siaran tiada yang menarik. Awani terpaksa akur. Dia sebagai isteri, apa yang boleh dilakukan ?
Posted by Picasa

Menanti pasti... 1

Sinopsis :


Izza Salwani, seorang isteri yang terlalu mengagungkan suaminya dan mencintainya sepenuh hati.
Mohd Haizat Haikal, seorang suami yang menemui cinta lain setelah punya isteri.
Ikuti liku liku hidup Izza Salwani dalam menempuhi hidup sebagai seorang isteri yang menanti kasih seorang suami dan menanti cahaya mata penyeri hidupnya.
Bagaimana Izza Salwani merebut haknya sebagai isteri ? Adakah kelembutan dan kesabaran mencairkan ego lelaki, atau ketegasan akan memberi pengakhiran yang lebih baik ?
Adakah pelangi dihujung sana ? Dan apakah penantian Izza Salwani akan pasti berakhir ?

-------------------------------------------------

Haizat tersandar di sofa mendengar pertanyaan lembut Awani. Pertanyaan lembut Awani kedengaran seperti guruh di gegendang telinga Haizat. Tidak mudah menjawab pertanyaan isterinya itu.

"Abang... abang kenal tak orang nama Ella ?"

"Aku tak tau... siapa dia ?"

"Tadi, budak ni telefon, dia kata dia bersama abang..."

"Kan aku kerja, tak kan kau tak tau... aku penat ni. Pening kepala ni... tau tak ?"

Jerkahan Haizat buat Awani terdiam. Biarpun airmatanya hampir menitik, Awani tahankan agar tidak jatuh. Awani cepat cepat bangun dari sofa dan masuk ke dapur sambil mengesat air mata yang hampir bergenang. Awani pura pura ambil segelas air dan meminumnya.

Awani masih bersedih. Awani mengelap meja makan dan membasuh pinggan. Melihat monyet dari tingkap dapur rumahnya Awani tersenyum sedikit. Melihat seekor anak monyet yang comel dalam pelukkan ibunya yang meniti atas pagar di belakang rumah buat Awani rasa sangat tersentuh. Awani mengeluh pendek.

"Wani... Aku nak keluar ni... ". Bergegas Awani menghampiri si suami.

"Abang nak ke mana, dah maghrib ni ?"

"Aku nak beli rokok... "

Awani mengangguk dan tersenyum pahit. Suaminya bukan perokok tegar. Tetapi, setiap petang suaminya keluar membeli rokok. Bunyi deruman motosikal Yahama berlalu dengan diiringi warna warna langit yang kemerahan.
Posted by Picasa

Saturday, May 23, 2009

Cerah...

Malam tadi,
Mata Najmi cerah saja...
Orang tidor, Najmi masih bermain...
Tak letih letih...

Orang lain tak boleh nak celik,
Najmi masih mengekek...

Malam tadi,
Mama halau Najmi keluar bilik,
Sebab, mama tutup lampu, Najmi menjerit...
Nak main tak habis habis...

Malam tadi,
Najmi keluar Tok Cu ambik,
Tidor tak mau, masih merengek...
Kesian plak, abah dukung masuk bilik...
Marahkan mama sebab halau adik...

Mama marah cuma sedikit,
Najmi menangis merajuk merintih... huhuhu...
Mama peluk sedikit... terus baik...
Ingat, lain kali orang nak tidor, jangan menjerit...
Tidor saja buat perangai baik baik...



p/s:
Kesian plak, jalan keluar bilik sambil nangis huhuhu malam tadi... kecik ati la tu... tidor dengan Tok Su pun tersedu sedu...









Posted by Picasa

Friday, May 22, 2009

Pipi berlubang...


Comel sungguh...
Punya pipi berlubang...

Abang ada tak kawan...
Pipi berlubang macam abang ?

Kawan abang...
Tak ada lubang...

Abang heran tak ?
Abang sorang pipi berlubang ?

Tapi... abang tak kesah...
Pipi mama pun banyak lubang....

p/s: Hehehe... 22hb Mei ... dalam KLIA... tak ada kerja...

Posted by Picasa

Muka dan mulut...


Ada orang muka cantik...
Mulut celupar...

Ada orang mulut manis...
Hati busuk...

Ada orang mulut busuk...
Hati baik...

Ada orang muka buruk...
Suara merdu...

Ada orang suara merdu...
Bahasa menikam....

Siapa kita ?


p/s : Sakit bibir... bibir rasa tebal... huhuhu.... tertinggal alat solek...
Posted by Picasa

Mama suka marah...
Mama suka merajuk...
Mama suka menangis...
Mama suka gelak...
Mama suka diam...

Itu diri mama...
Jika mama terguris...
Mama cuba melupakan...
Jika ada yang terluka...
Mama cuba diamkan...

Jika tidak mampu...
Mama luahkan pada anak mama...
Mama luahkan di sini...

Mama sukar difahami...
Dan mama tidak mahu paksa orang memahami...
Kerana mama juga tidak mampu memahami orang...

Jadi,
Jika kita tidak serasi...
Tidak dapat saling memahami...
Tidak dapat saling memaafkan...
Jangan lagi bersama...

Kerana itu lebih baik...
Dan tiada lagi hati...
Yang terguris dan terluka....
Posted by Picasa

Thursday, May 21, 2009

Kerja kerja kerja...
Penat penat penat...
Otak tak bergerak...
Letih mengadap...

Aku rindu...
Pada suami... hmmmm...
Aku rindu...
Pada anak.... sunyinya...
Aku rindu...
Pada rumah... syurgaku...
Aku rindu...
Pada bantal... mengantuknya....

Malam ini...
Dalam gebar kesejukan...
Harap mimpiku yang indah... hmmm...
Dan terjaga esok lagi...
Posted by Picasa

Wednesday, May 20, 2009

Anak bongsu..

Ini anak mama paling kecil...
Kalau boleh mama nak anak bongsu yang lain...
Yang perempuan...
Kalau boleh buat permintaan la...
Mama tak mau la Najmi jadi anak bongsu...

Tapi, kalau tak boleh pun tak apa...
Yang ada ni pun dah meriah rumah kita...

Pok De dah suruh stop...
Katanya susah nak buat kerja saja...

Macam malam tadi...
Kak Alya mama terpaksa tinggal kat rumah orang...
Najmi mama tinggal dengan Kak Mira...

Kak Alya menangis panggil mama...
Kesian kat Kak Alya...
Tidor terlungkup atas bantal...
Merajuk... tak ada sapa reti pujuk...

Petang tadi...
Kak Alya dah nak balik...
Mak Cik Ros cakap, Kak Alya dah tak mau masuk rumah dia...
Agaknya Kak Alya tak suka...
Dia lebih suka di rumah sendiri...
Main dengan Najmi...

Tadi, mama call Kak Mira...
Memang Kak Alya sangat gembira berada di rumah...
Bermain dengan adik sendiri...
Daripada di rumah orang...
Bermain dengan adik orang....

Rasa bersalah menghantui...
Tapi,
Bila ingatkan 'harapan' abah...
Harapan mama...
Harapan kita semua...
Mama perlu tinggalkan anak mama...

Biarpun kalau ikutkan hati mama...
Sehari pun mama tak mau tinggalkan anak mama...
Posted by Picasa

Abang dah besar...

Dulu... masa abang kecil... abang comellllll sangat...
Semua orang kata abang comel...
Kalau orang orang tak kata abang comel pun, mama paksa juga...

Sekarang ni, abang dah besar...
Besar la...
Sehingga mama terpaksa tunaikan janji mama...

Mama janji...
Abang boleh naik kapal terbang jika abang dah besar...
Jadi, semalam abang naik kapal...
Muka abang ceriaaaaaaaa sangat...
Abang tak menangis...
Abang dah besar...

Sekarang...
Abang tak boleh ungkit lagi...
Pasal janji mama...
Ingat tuuuuuu...

20hb Mei 2009
Posted by Picasa

Tuesday, May 19, 2009

Dulu...
Orang kata... tak baik... rambut dari dalam perut kena potong...
Mama hanya buat derkkkkkk jer...

Mama tak tau la apa hukumnya...
Berdosa atau tidak...
Tapi bila orang kata,
Nanti rambut anak tak cantik...
Mama tetap tak potong juga...

Besar skit ni, mama tengok rambut anak mama cantikkkkkkkk saja...
Hitam pekat berkilat...

Tak tau la nanti...
Bila Kak Alya dah besar banyak...
Kalau rambut Kak Alya tak cantik...
Kak Alya jangan marah mama...
Sebab mama suka rambut Alya masa kecil...
Dari masa dalam perut mama lagi...
Biarpun mama geliiiiii sangat...
Biarpun mama asikkkkkkk la rasa pundi mama penuh saja...
Tapi mama tetap suka...

Masa lahir, Kak Alya kecil saja...
2.3 kilo... tapi mama cakap, 1 kilo bulu saja kot...
Sebab orang asik kata Kak Alya dulu banyakkkkk sangat bulu...

Sib baik, sekarang ni Kak Alya sangat comel di mata mama...
Tak ada la banyak bulu...
Tapi rambut Kak Alya memang cantik...
Lebih cantik daripada rambut mama...

Dan besar nanti, tentu Kak Alya lebih cantik dari mama...
Kalau pun tak secantik Siti... atau J Lo ... atau Pretty Zinta... kan ?
Posted by Picasa

Dulu...
Orang tanya... kenapa abang ni putih ?

Wei... kenapa tanya macam tu ?
Mama tanya semula...

Yerlah... sebab mak bapak dia tak putih...

Cissssss...
Kata mama...

Tapi sekarang...
Mama dah tak kesah...

Sebab kaler abang dah sama macam mama juga... ada la skit skit...
Cuma tak sama kaler cam abah saja...

Hehehe....

Abah jangan marah tauuuuuu....
Posted by Picasa


Si kecil ini,
Suatu waktu dulu...
Dulu... masa kakak kecil... mama cakap...
Kakak, mama jumpa kakak kat bawah pokok...
Adik Kimi, mama jumpa kat tepi longkang...
Adik Amalia mama jumpa kat tepi tong sampah...

Dulu...
Kakak tidak pertikaikan...
Bila mama cakap... semua anak mama, mama jumpa kat merata tempat...
Mama juga cakap, Najmi mama jumpa kat hospital...

Sekarang... bila adik Najmi lahir...
Kakak cakap... mama bohong...
Sebab kakak tahu, adik Najmi lahir dari perut mama...
Sebab dulu, perut mama besar, kemudian dah kempis...

Dulu... bila kakak cakap kakak anak orang,
Jiran tetangga tidak percaya,
Mereka kata kakak cakap begitu kerana mama cakap kakak mama jumpa bawah pokok,
Tapi sekarang, mereka seakan berpakat...

Semuaaaaa kata muka kakak berbeza dari adik adik kakak...
Tapi... mama cakap.... semuaaaaaaa anak mama berbeza rupanya...
Kakak ada telefon, kekadang kakak bercakap dengan mak kakak dalam telefon...
Dan jiran kita mendengar...
Mama biarkan saja...

Biar apa tanggapan mereka...
Mereka tidak pernah bertanya...
Jadi, mama tidak perlu menerangkan...

Yang penting...
Siapa kakak dihati mama...
Dan kakak ada dua ibu yang menyayangi kakak sepenuh hati...

Tidak seperti pemanggil itu... dalam sedan,
Dendam pada ibu yang tinggalkan dia ditepi tong sampah... rasanya belum terpadam....


19 mei 2009
Posted by Picasa

Dan aku malas nak bercerita benar....

Jadi, jangan pertikaikan apa yang aku kata di sini, kerana ianya hanya rekaan dan tidak ada kena mengena dengan anda semua dan juga aku sendiri...

Itu pun kalau aku rajin menulis... ekekeke....

Terima kasih...

;;