Friday, May 29, 2009

Menanti Pasti... 8

Pagi masih terlalu awal waktu Awani keluar dari rumah. Melihat sekeliling rumahnya, tergerak di hati Awani untuk memangkas pokok bunga yang mula meninggi. Pokok puding dan bunga kertas yang tidak terurus kebelakang ini kerana kesibukkan Awani bekerja. Kerja Awani yang keluar pagi balik petang membuat dia tiada masa untuk mengurus rumah.

Dia lihat ada satu keluarga baru berpindah di sebelah rumahnya. Minggu lepas, rumah tu masih kosong. Memang banyak lagi rumah yang kosong. Dia tidak faham kenapa pihak Universiti tidak penuhkan saja rumah rumah yang kosong. Waktu dia memohon untuk duduk dalam kuarters ini, jawapan mereka, rumah tiada yang kosong. Jika ada yang kosong, giliran panjang sangat.

Tapi, bila dia masuk, di sekeliling rumahnya banyak lagi yang kosong. Ini menyebabkan dia tidak punya ramai jiran.

Sedang Awani menggunting pokok pokok puding, kedengaran pintu rumah jirannya terbuka. Keluar anak-anak jirannya. Kecil kecil lagi mereka.

Kemudian, kakak sebelah rumah menjengok. Bila melihat Awani, dia lemparkan senyum.

"Rajinnya..."
"Tak ada la kak... pokok ni dah tinggi"

Kemudian kakak jirannya masuk rumah. Dia keluar semula selepas menyarungkan tudung kepala.

"Adik nama apa ?". Kakak jiran rumahnya menghulurkan salam sambil bertanyakan namanya.
"Izza Salwani. Panggil saja Wani atau Awani. Saya nak panggil kakak apa ?"
"Panggil saja Kak Ina"
"Mana suami kak Ina ?"
"Keluar beli sarapan pagi. Suami Wani pulak ke mana ?"
"Suami saya outstation."

"Oooo... kesian tinggal sorang... tak takut ker ?"
"Biasa la kak, kalau ada anak, boleh jugak jadi teman. Anak Kak Ina berapa orang ?"
"4 orang jer. 2 lelaki 2 perempuan"
"Wah... bestnya... nanti kalau ada masa, saya nak pinjam anak akak tau..."
"Buleh buleh... tak ada hal... buleh jugak akak bermesra dengan abang hang tu"
"Weh kak... tak mau la semua... sorang jer sudah la... hahahaha"
"Ko ni... potong stim betul la... kot nak pinjam, amik la semua... senang akak nak berehat"
"Tak buleh tak buleh... nanti akak plak dapat anak ke lima, saya juga yang masih menanti..."
"Jangan la sedih... akak gurau jer... hehehe"
"Tak ada hal... saya dah biasa..."

Kakak jiran sebelah rumah mesra sangat dengan Awani. Awani rasa terhibur dengan jiran baru ini. Mereka berlalu bila suami Kak Ina balik dengan kereta Toyota Wish warna putih yang sangat cantik pada pandangan Awani. Tentu mereka beli kerana anak mereka bertambah.

Bahagianya mereka... Awani mengeluh pendek sambil berlalu...





Posted by Picasa

1 Comment:

  1. HappyIrfa said...
    komen saya:
    toyota wish kaler putih itu cantik

Post a Comment