Thursday, May 28, 2009

Menanti Pasti... 6

"Sayang... abang dalam perjalanan"

SMS yang masuk ke telefon Ella dibaca berkali kali. Senyuman yang terukir di bibir Ella telah membayangkan betapa Ella gembira.

"Ok.. Ella tunggu abang... abang sampai pukul berapa ?"

"Tak usah... abang sampai lewat. Esok saja kita jumpa"

Tak sabar betul Ella menanti. Dia mula melihat almari pakaian. Mencari pakaian yang sesuai untuk pertemuan esok. Dicuba satu... tak sesuai... dicuba yang lain... pun tidak puas hati. Akhirnya Ella tersenyum waktu melihat sepasang kurung biru pemberian Haizat, waktu mereka bertunang.

"Ah... pakai saja baju tu." Cantik warna biru dengan bunga bunga putih halus menghiasi. Pandai Haizat memilih kain tersebut sebagai salah satu hantaran semasa mereka bertunang setahun lepas.

Malam itu Ella sukar tidor bila membayangkan pertemuan mereka. Sayang Ella pada Haizat, rindu Ella pada Haizat tidak dapat digambarkan dengan kata kata. Jika boleh, Ella inginkan Haizat sentiasa bersama dengannya.

Teman serumah telah lama diulit mimpi. Katil Ena berbunyi sewaktu Ena memusingkan badan. Ena yang sedikit tembam, manis dengan gaun tidor yang nipis. Kain Ena yang terselak sedikit, Ella kuis bagi menutupi semula peha Ena yang putih gebu. Dada Ena yang ranum hampir tersembul disebalik baju tidor.

Tidak mahu memerhati Ena, Ella cuba melelapkan mata. Tapi bayangan Haizat di ruang matanya buat Ella tidak dapat tidor. Debar di dadanya tidak mahu surut. Setiap kali ingin bertemu, Ella sentiasa berdebar. Peluh dingin di tangan mula terasa. Panas mukanya bila membayangkan senyuman manis Haizat dengan kumis nipis.

"Ahhh... aku rindu...."
Posted by Picasa

2 Comments:

  1. wan salmah said...
    Sorila wani, akak tak ikuti dari awal kot, time ni budak ella dah bertunang ngan haizat ke, masa mana tu..
    izawani said...
    Oh... saya tak cerita mengikut kronologi. Ianya akan diceritakan dari ingatan atau perbualan.

    Sukar juga nak buat cerita mengikut kronologi. Sebab kita kena bercerita bagaimana Haizat dan Awani bertemu dan bagaimana pula Haizat dan Ella mula bercinta...

    Kan ?

    Saya pun tak tahu lagi bagaimana nak selitkan semua cerita dalam turutan yang tak memeningkan orang....

    Masih belajar la... hehehe...

Post a Comment