Wednesday, February 15, 2012

Cinta 10 - Bab 2




Di satu meja, terdapat pelanggan yang sedang marah-marah. Dipanggilnya Dania dan mengarah memanggil pengurus, dan bila Muhd Aris Haizat menghampiri, pelanggan menunjukkan daging ayam yang memang terdapat darah, ayam yang dimasak kurang dari masa yang sepatutnya. Bila masuk ke dapur, Nur Izzaty Amalia menjadi mangsa. Sedangkan terdapat seorang lagi yang memasak. Roslan, yang selalu curi tulang tu tersilap setting masa. Tapi, waktu Muhd Aris Haizat masuk ke dapur, hanya Nur Izzaty Amalia yang ada, jadi mangsa keadaan la si Nur Izzaty Amalia. Yang paling menyakitkan hati, boleh pula si kurus kering tu panggil dia GEBUS sahaja. Penat mama dan abah dia letak nama dia cantik cantik. Nasib baik dia penyabar, kalau tak... kalau tak apa Nur Izzaty Amalia ? Nak tumbuk dia ? Biarpun dia kurus dan kering, tapi Nur Izzaty Amalia tak pernah berani nak tentang mata dengan dia.

Takut betul Nur Izzaty Amalia bila mendengar suara garang Muhd Aris Haizat.

"Aku tak puas hati betul la dengan si kurus kering tu !"

"Kenapa ? Dia cium kau ker ?"

"Isk... apa la kau nih, aku tengah marah ni tau !"

"Ok ok... cerita la... ", Dania cuba fokus dan serius bila Nur Izzaty Amalia mula memuncungkan bibirnya.

"Tak patut dia marah aku tadi. Bukan salah aku pun ayam tu tak masak !"

"Eh.. betul tu. Kesian kat kau kan... Meh aku gosok paler kau !"

"Kau nihhhhhhhhhhhhhhh... main main pulak !". Nur Izzaty Amalia membentak bila Dania mempermainkan dia.

"Yer la yer la... hahahaha... kau jangan la marah sangat. Kau bayangkan saja dia ayam dan kau menggoreng dia... kau agak, dia akan jadi apa ?"

"Tulang ayam... hahahaha "

Segala marah Nur Izzaty Amalia bertempiaran lari bila berada disisi Dania. Dania memang pandai mengambil hati dan membuat sesuatu yang negatif menjadi positif.

"Oooooiii gebus... mari sini. Berbual kat sana pula."

"Ok la... aku masuk dapur balik. Si tulang ayam tu panggil aku la..."

"Hahaha... Ok... aku pun nak pegi lap meja tu !"

Kelam kabut mereka sambung membuat kerja. Nur Izzaty Amalia pergi ke arah Muhd Aris Haizat dan menanti arahan.

"Mari sini... saya nak tanya kamu, kerja kamu buat apa ?"

"Tolong di bahagian dapur, encik !"

"Abis tu, kenapa kamu ada di depan ?"

"Errr... err... err... "

"Apa tergagap gagap nih. Dah abis suara bercakap lama sangat kat depan sana ?", tegur Aris Haizat sinis.

"Saya tak buat lagi Encik."

"Ok, pergi sambung kerja awak. Roslan ni pun asyik hilang saja. Karang aku potong gaji, tau pula mengamuk !"

Nur Izzaty Amalia hanya mendengar Aris Haizat membebel seorang diri.


(Nota Penulis : Penat la nak taip nama penuh mereka ni, aku taip Amalia dan Aris Haizat jer la yer !)


Ada beberapa pesanan untuk burger dan juga kentang goreng. Amalia cepat cepat memasak kentang goreng yang hampir habis. Kalau lambat, si tulang tu mengamuk pula. Ayam masih banyak lagi.

"Eh... gebus... mop lantai ni. Berminyak la. Kotor !", arah Aris Haizat sambil memandang tajam pada Izzaty Amalia.

"Apa ni Encik. Baru jer tadi saya mop. "

"Tak kira... awak mop jugak. Biar awak buat banyak kerja... nanti kurus !"

"Isk Encik ni... kalau saya kurus, mak saya marah !"

"Apa pulak mak awak marah ? Saya nak isteri saya kurus "

"Apa kaitan saya dengan isteri encik !"

"Sebab nanti awak la jadi isteri saya ", Selamba sahaja Aris Haizat menjawab.

Merah pula muka Izzaty Amalia mendengar kata-kata Aris Haizat.

"Saya tak mau jadi isteri encik !".

"Yer la... yer la... bukan sekarang..."

"Apa la encik nih !". Izzaty Amalia malas bergaduh. Dia terus mengambil baldi dan mop. Lantai yang baru sahaja sejam dibersihkan, terpaksa dibersihkan semula.

Aris Haizat terus ke bilik kecil yang dijadikan pejabatnya untuk menyambung kerja-kerjanya.

Kenapa la Encik Aris cakap macam tu ? Berpusing pusing ayat yang sama dalam kepala Izzaty Amalia.

"Sebab nanti awak kena jadi isteri saya"

Isk, macam la aku minat dengan orang kurus kering nih. Yang dia pun... kenapa la selalu sangat cari pasal dengan aku ? Oit tulang... mana padan kita dua orang. Macam 10... tau tak ? Ingin saja Izzaty Amalia menjerit pada Aris Haizat, tapi keberanian tu hanya dalam hati sahaja. Mana pergi Dania ni ? Aku dah la penat layan si tulang nih. Dia sedap sedap jer bersembang dengan Halim kat depan tu ?
Selesai mop lantai, Izzaty Amalia terus pergi kepada Dania dan Halim di depan.

Melihat kehadiran Izzaty Amalia, Dania terus tersenyum.

"Berpeluh nampak ?", tegur Dania.

"Yer la... penat la aku buat kerja kat dapur. Aku ingatkan, dok kat dapur best, dapat makan banyak !"

"Eh awak Alia, asik makan saja la. Semua bahagian badan awak membesar tau ?", Halim menjegilkan matanya dan memandang tajam ke bahagian dada Izzaty Amalia.

Pang !!!

Izzaty Amalia menampar muka Halim. Beberapa orang pelanggan berdekatan melihat hanya tersenyum dan menunjukkan isyarat ibujari ke atas. Halim menggosok pipinya. Biarpun tidak sakit, tetapi perasaan malu membuatkan wajahnya menjadi merah.

"Haaa... kan dah kena. Itu pasal mata tu kena jaga !", Dania marahkan Halim.

"Aku benci kalau lelaki macam kau nih. Gatal... "

"Isk... aku tak sengaja la... maafkan aku. Awak ni, biarpun gemok... tapi comel tau. Kalau kau marah, lagi comel", Halim cuba mengendurkan keadaan. Izzaty

Amalia menjeling dan terus berlalu. Lebih baik dia ke belakang daripada terus berhadapan dengan Halim. Mata Halim yang selalu saja buat dia serba salah. Rasanya ingin saja dia cucuk mata Halim dengan garfu.


---------------

Telah 3 minggu dia bekerja. Gaji pun belum dapat lagi. Izzaty Amalia masih mengadap cermin solek waktu mamanya masuk bilik.

"Hari ni tak kerja Alia ?"

"Tak la ma. Alia cuti. Dania pun cuti. Kami ingat nak rehat hari ni. Penat la kerja"

"Itu la. Kan mama dah cakap. Kerja tu penat. Alia degil"

"Alia nak pengalaman kerja la ma. "

"Patutnya Alia berehat waktu ni. Nanti, bila dah sambung belajar, Alia tak dapat berehat pula "

"Alia kerja tak lama la ma. Nanti dua kali gaji, kami berhenti la"

"Yer la tu... Kalau penat sangat, berhenti la yer. Nanti kurus pula anak mama !", Puan Izani mencubit pipi Izzaty Amalia.

"Adoiii... mama ni, suka cubit Alia. Sakit tau !"

"Pipi Alia gebu... mama suka cubit !", Puan Izani berlalu sambil tersenyum pada Izzaty Amalia.

Gebu ? Hmmm... si tulang tu panggil aku gebus. Mesti dia pun macam mama.
Posted by Picasa

3 Comments:

  1. Mak Su said...
    comel je cerita ni :)
    izawani said...
    Terima kasih kasih komen.

    Tetiba jer masuk msg dari Mak Su nih... lama dah tinggal e-novel nih... banyak kerja... tapi idea masih ada...

    Hmmm...

    Tengok orang masih datang... ingat nak sambung tapi kena cari masa...

    p/s : Blog aktif pun tak ada yang datang ... huhuhu...
    Unknown said...
    salam kenai.. is folo sini na ;) di no 26

Post a Comment



Template by:
Free Blog Templates